Tuesday, February 27, 2018 0 comments

Majlis Perpisahan Cik FKZ

#throwback posting selepas 9 bulan meninggalkan Ikram Utara :(

Bismillahirrahmanirrahi, dan Assalamualaikum...

9hb May 2017, Selasa - merupakan hari terakhir saya, Fathahiyah Khairunnisa Binti Zulkiflee (admin blog IU selama 7 tahun) berkhidmat bersama Kumpulan Ikram Sdn Bhd (Northern Region) selepas 7 tahun mencurahkan khidmat bakti di sini.

29hb April 2017 - Sabtu, telah diadakan majlis perpisahan sewaktu majlis makanan malam sempena Hari Keluarga Ikram Utara 2017. Family Day Ikram Utara telah diadakan di Marina Cove Resort (i will post entry for this event soon).

Saya telah menerima tawaran pertukaran ke department lain, di ibu pejabat, Bangi. Sekarang ini saya di bawah seliaan Pn. Akma Othman, iaitu Director of Finance, Ikram Education Sdn Bhd. Peluang yang ditawarkan dan diberikan akan saya gunakan sebaiknya. 

Sedikit sejarah ringkas tentang saya sepanjang berkhidmat bersama Ikram Utara hampir 7 tahun. Saya mulai joined Ikram Utara 12/4/2010 sehinggalah 14/5/2017. 7 tahun bersama IU, jatuh bangun bersama. Banyak kenangan pahit manis bersama. Banyak pengalaman diperolehi.

Saya disini ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih pada semua warga Ikram Utara terutamanya pada Pengarah Ikram Utara sendiri, iaitu Tn. Hj. Azhari Abdullah, SI Manager, En.Mohammad Zaidi Saad, En. Hamizat Othman, En. Zalani Hassan, Pn. Suryyantie Haron dan Pn.Norfaizatul Akma Binti Abd Hamid serta semua ex-staff IU, Pn. Habsah, En. Nazreen, Pn. Najwa, Pn Shafina, maaf jika tidak tersebut disini. Maaf diatas segala kekhilafan secara sedar mahupun tidak. Terima kasih kerana memberikan memori2 yang pelbagai dalam diri ini.

Saya berharap agar Ikram Utara akan terus melangkah maju kehadapan dibawah pimpinan baru, En. Mohammad Zaidi bin Saad.  Walau apa jua rintangan dan cabaran dalam perniagaan, Ikram Utara dapat mengatasinya. Bersatu teguh dibelakang Pengarah baru.

All the best for everyone!!!

p/s :- semoga akan bertemu di event2 yang diadakan di HQ nanti :)










~admin~

Anniversary KISBN

Daisypath Happy Birthday tickers
 
;