Monday, April 24, 2017 0 comments

Farewell : Ir.Hj Azhari Bin Abdullah

Assalamualaikum.

Pada 17hb April 2017, Isnin yang lalu, merupakan hari terakhir bagi Pengarah Ikram Utara iaitu, Ir. Tn. Hj.Azhari Bin Abdullah berkhidmat bersama IU. Beliau telah lama berkhidmat bersama IU. Tn. Hj Azhari merupakan pengarah kedua selepas Mr. Ooi In Au. Merupakan bekas JD di JKR Kubang Pasu seterusnya ditawarkan untuk berkhidmat bersama Ikram Utara.

Hampir 20 tahun beliau berkhidmat dan banyak jasa serta idea dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau.

Dengan ini, Admin wakil daripada seluruh warga Ikram Utara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Azhari Bin Abdullah atas segala penat lelah beliau dalam membangunkan Ikram Utara serta sentiasa menjaga kebajikan para pekerja beliau. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala usaha beliau selama ini.

Kepada Tn. Hj. Azhari,

Kami warga Ikram Utara ingin memohon beribu keampunan di atas segala salah dan silap samada secara sedar mahupun tidak sedar selama mana kami semua pernah berkhidmat dibawah pimpinan Tn Hj. Semoga Tn. Hj sentiasa berada di dalam lindungan Allah s.w.t, sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta ceria disamping keluarga tersayang.

TERIMA KASIH TN. HJ AZHARI BIN ABDULLAH!
TERIMA KASIH AYAH!

 Tulus dan Ikhlas dari Warga Ikram Utara;

-admin_












Thursday, April 13, 2017 0 comments

Farewell : Muhammad Nazreen Bin Ahmad

Assalamualaikum...

Pada 31hb March 2017 yang lalu telah diadakan satu majlis ringkas buat En Muhammad Nazreen Bin Ahmad dimana beliau akan berpindah ke HQ selepas setahun memohon pertukaran ini. Beliau bakal menjadi salah seorang staff dibawah audit forensic unit dimana ketua bagi unit tersebut adalah En Sobri dan juga dimana ianya dibawah ICFC-Geo1. 

Sedikit sejarah ringkas tentang En Nazreen, beliau telah berkhidmat bersama Ikram Utara hampir 3 tahun. Beliau seorang yang sangat berdedikasi, komited terhadap kerja-kerjanya dan bertanggungjawab di atas segala peranan sebagai seorang Engineer. Merupakan Quality Manager yang bagus dan baik serta membantu Lab IU memperoleh Sijil Akreditasi Makmal.

Dengan ini, pihak pengurusan Ikram Utara ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala idea-idea yang dicurahkan dan Selamat Maju Jaya serta selamat Berkhidmat di tempat yang baru. Berpisah hanya dengan berlainan dahan, tetapi masih dibawah pohon yang sama.

All the best Nazreen!!!







Thursday, March 16, 2017 0 comments

Baby Ikram :- Tahniah En. Arman dan Pn Suri


Congratulation!!!!


Pihak Ikram Utara ingin mengucapkan tahniah kepada En. Arman Bin Mansor dan Pn Suri akan kelahiran puteri sulung (anak ke-4) mereka yang bernama Iffat Umayrah pada tanggal 3.3.2017, Jumaat dengan berat 2.90 kg.

Semoga cahaya mata ini membesar dengan sihat dan menjadi muslimah sejati Amin dan Semoga dengan kelahiran cahaya mata ini akan lebih menyerikan kehidupan kalian berdua Amin


0 comments

Baby Ikram : - Tahniah En. Nazreen dan Farah Adiba


Congratulation!!!!


Pihak Ikram Utara ingin mengucapkan tahniah kepada En. Nazreen Ahmad dan isteri, Pn Farah Adiba akan kelahiran putera sulung mereka yang bernama Ali Iskandar pada tanggal 23.2.2017. Semoga dengan kelahiran cahaya mata ini akan lebih menyerikan kehidupan kalian berdua Amin




Saturday, March 4, 2017 0 comments

Majlis Perpisahan Pn Habsah Othman

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada 27.2.2017, Isnin yang lalu, satu majlis perpisahan untuk Pn. Habsah Othman telah diadakan di Route 69 Cafe, Bandar Perda Bukit Mertajam. 

Majlis telah dipengerusikan oleh Admin, Exec, Pn Yanti. Kehadiran staff Ikram Utara seramai hampir 45 orang bagi meraikan dan menghargai jasa Pn Habsah kepada pihak Ikram Utara. 


Suasana agak sedih dan hiba bila mendengar ucapan dan amanat daripada Pengarah Ikram Utara sendiri.

Pn. Habsah Othman telah berkhidmat dengan Ikram Utara semenjak di awal penubuhan Ikram sendiri. Bermula dari 1997 sehingga 28.2.2017 beliau bersama Ikram Utara. Jatuh bangun bersama-sama. 

Saya selaku wakil daripada warga Ikram Utara, ingin mengucapkan selamat bersara pada Pn. Habsah. Thanks for everything. Halalkan segala ilmu-ilmu, buah fikiran, makan minum selama berada dan bersama di Ikram Utara. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas semua jasa dan pengorbanan Puan Habsah kepada syarikat. All The Best to You











~Admin~

Anniversary KISBN

Daisypath Happy Birthday tickers
 
;