Sunday, March 11, 2018 0 comments

Majlis Perpisahan En. Zabidi Bin Che Man

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada 28.2.2018, Rabu merupakan hari terakhir bagi En. Zabidi. Satu majlis perpisahan untuk En. Zabidi Bin Che Man telah diadakan di bilik mesyuarat, Kumpulan Ikram Sdn Bhd (Northern) pada 2.3.2018, iaitu pada hari Jumaat.

Majlis telah dipengerusikan oleh Admin, Exec, Pn Yanti. Kehadiran staff Ikram Utara seramai adalah bagi meraikan dan menghargai jasa En. Zabidi yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Long dikalangan pekerja-pekerja site kepada Ikram Utara. 

En. Zabidi Bin Che Man telah berkhidmat dengan Ikram Utara semenjak di awal penubuhan Ikram sendiri. Bermula dari 1997 sehingga 28.2.2018 beliau bersama Ikram Utara. Jatuh bangun bersama-sama. 

Saya selaku wakil daripada warga Ikram Utara, ingin mengucapkan selamat bersara pada En. Zabidi Bin Che Man. Thanks for everything. Halalkan segala keringat, ilmu-ilmu, buah fikiran, makan minum selama berada dan bersama di Ikram Utara. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas semua jasa dan pengorbanan En. Zabidi Bin Che Man kepada syarikat. 

All The Best to You, En. Zabidi.






~admin~
0 comments

Majlis Perpisahan Cik Nor 'Ashikin Binti Aminudin

#maafdiataskelewatanentry

Assalamualaikum...

Pada 19hb September 2017 yang lalu telah diadakan satu majlis ringkas buat Cik Nor 'Ashikin Binti Aminudin dimana beliau akan menamatkan perkhidmatan beliau di IKRAM IPOH selepas beberapa tahun mencurahkan bakti, tenaga dan idea kepada syarikat. Beliau akan berkhidmat sebagai penjawat awam di Jabatan Kerja Raya di Cheras.

Sedikit sejarah ringkas tentang Cik 'Ashikin, beliau telah berkhidmat bersama Ikram Utara (cawangan Ipoh) hampir 4 tahun. Beliau seorang yang sangat berdedikasi, komited terhadap kerja-kerjanya dan bertanggungjawab di atas segala peranan sebagai seorang pekerja. Beliau juga banyak membantu Lab IU memperoleh Sijil Akreditasi Makmal.

Dengan ini, pihak pengurusan Ikram Utara ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala idea-idea yang dicurahkan dan Selamat Maju Jaya serta selamat Berkhidmat di tempat yang baru. 

All the best Ekin!!!













~admin~

Anniversary KISBN

Daisypath Happy Birthday tickers
 
;