Tuesday, June 19, 2012

SUKRAM 2012

Alhamdulillah, syukur kepada Allah segala-galanya telah selesai dijalankan. 

Tanggal 16/6/2012, Sabtu yang lalu, telah berlangsung 2 program sekaligus iaitu, Sukan Ikram (SUKRAM) dan Majlis Makan Malam Kumpulan Ikram Sdn Bhd (Northern) 2012.

Program ini telah bermula dari pagi sehingga ke lewat malam malam hari yang sama. Perancangan selama 2 minggu akhirnya membuahkan hasil. Tahniah kepada semua kakitangan IKRAM yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini, walaupun dalam masa hanya 2 minggu...(pls clap for yourself...clap!!! clap!!!).

Bermula dengan permainan futsal dimana ianya diadakan di Best Bola-Bola SportsCenter Sdn Bhd pada jam 10.00pagi dan tamat pada 12.45tengahari. Kemudian disusuli dengan permainan bowling pada jam 3.00 petang di Ampang Bowl, Summit, Bukit Mertajam, dimana ianya tamat pada jam 4.30 petang dan akhir sekali program diakhiri dengan Majlis Makan Malam 2012 bertempat diperkarangan pejabat IKRAM, a.k.a "Hotel Ikram".

Sekali lagi, pihak AJK Kelab Sukan, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program yang telah dianjurkan ini. Kami dipihak pengurusan juga ini memohon jutaan ampun dan maaf diatas segala kekhilafan sepanjang program ini berlangsung. Yang buruk datangnya dari kita semua dan baik itu pastinya datang dari DIA s.w.t. Wallahualam.

Diharapkan supaya, semua kakitangan IU terus utuh bersama dalam apa jua rintangan...

Sekian.
Terima Kasih

~ xoxo ~
Ikram_Utara






gambar akan diupload dengan kadar segera

0 comments:

Post a Comment

Anniversary KISBN

Daisypath Happy Birthday tickers
 
;