Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh...
Semoga kalian berada dalam keadaan sihat walafiat.
Last 2 days, 10/9/2012, Isnin bersamaan 23 Syawal 1433H ~ IU telah mengadakan jamuan raya bagi sesi 2012. Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang.
Majlis bermula pada jam 1.00 tengahari dan berakhir pada jam 4.00 petang. Jemputan terdiri daripada semua staff IU sendiri, client-client berdekatan dan juga jiran tetangga.
Walaupun tidak besar, tapi suasana tetap meriah. Seawal pagi, semua staff IU telah bergotong royong bersama-sama menyediakan juadah. Mostly "homemade". Masak beramai-ramai.
Juadah yang disajikan terdiri daripada Nasi tomato, ayam masak merah, acar timun-nanas, nasi putih bersama gulai daging batang pisang, ulam-ulaman, buhin sup, kuih muih, kek beraneka warna dan tuan, ketupat bersama redang dan lain-lain.
Semua persiapan siap dihidangkan pada jam 11.00pagi. Pada jam 11.30 pagi, perjumpaan semua staff IU bersama Pengarah, IR. Tn. Hj. Azhari Bin Abdullah. Selama 1 jam perjumpaan ini diadakan di ruang legar makmal. Segala amanat beliau didengar dengan tekun oleh para kakitangan IU.
Akhir kata, dikesempatan ini, saya mewakili pihak pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan Ikram Utara yang telah banyak menyumbang tenaga sepanjang majlis ini berjalan. Dan tidak dilupakan juga kepada para jemputan yang sudi meluangkan masa mereka untuk turut sama memeriahkan majlis jamuan raya Ikram Utara 2012.
Sekian, terima kasih
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment