Sunday, October 19, 2014

Family Day Ikram Utara 2014

Syukur Alhamdulillah, segala perancangan dan persiapan selama 1 bulan bagi menjayakan Hari Keluarga IKRAM UTARA bagi tahunh 2014 telah berlangsung dengan jayanya.

Pihak admin ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Bermula dengan perjumpaan pertama, kedua dan yang terakhir bagi kali yang ke-3, setiap kali perjumpaan, akan ada update terkini. T-shirt dan face towel hanya 5 hari disiapkan oleh team yang superb, pembelian hadiah yang hanya mengambil masa 3 jam, penyediaan peralatan sukan selama 5 hari, dan latihan senamrobik hanya mengambil masa 6 jam.

Kejayaan ini juga dirahmati dengan keizinan dariNya dimana cuaca tersangat baik sepanjang program berlangsung. Tidak panas dan tidak hujan. Angin pun sepoi-sepoi bahasa. Syukur alhamdulillah.  

Disini, admin juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas support, dan tenaga yang tak terhingga pada Team AJK iaitu Rophidah, Shuhaili, Kak Halina, Shafiqah, En. Arman, En. Zaidi, Paksu a.k.a Abg Zaidi, Syukri, Shafiq, Akma, Kak Yam, En.Rahim dan Syazwan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Maaf jika ada tersalah bicara, terkurang di mana-mana. 


Tarikh : 18.10.2014
Hari : Sabtu
Tempat : Padang Lily, Merdeka Beach Resort
Jumlah Kehadiran: 67 orang
 
 
Persiapan sebelum hari kejadian....
 



 

0 comments:

Post a Comment

Anniversary KISBN

Daisypath Happy Birthday tickers
 
;