Hari ini, genap 10 hari kak Ina meninggalkan kita semua. Allahuakhbar, rindu padanya menyapa kembali.
Almost 2 years kak Ina menghidap cancer. She's strong fighter.
Di saat umat Islam gembira meraikan ramadhan kareem, pada 18/5/2018, Jumaat bersamaan 2 Ramadhan 1439H, kami dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Kak Ina telah dijemput Ilahi pada jam 8.00 pg lebih. Pemergian beliau dimuliakan oleh Penciptanya. Di bulan yang baik dan hari yang baik, Kak Ina pergi mengadap Ilahi.
Buat Kak Ina, kami warga Ikram Utara mendoakan semoga roh Kak Ina tenang dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Kepada keluarga Kak Ina, semoga kalian bersabar dengan ujian Allah ini.
NOOR HALINA BINTI ABDUL RAHIM
1997-2018
|
#kucupanterakhirbuatmu
27.05.2018
11 Ramadhan 1439H