Wednesday, May 30, 2012

Family Day 2011 - Part IV

Bertemakan Orange - Hitam, , komuniti Ikram Utara kali ini telah bersepakat memilih Bukit Merah Lake Town Resort - Suria Apartment untuk diadakan Hari Keluarga Kumpulan Ikram Sdn Bhd - Northern. Diadakan pada 4-5hb June 2011, ianya melibatkan seramai 120 ahli keluarga termasuk staff IU sendiri.

Program bermula pada jam 9.00pg diperkarangan Suria Apartment. Seperti biasa, acara dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh SIM bersama barisan EXCO yang dilatih dan dilantik. Selesai acara senamrobik, upacara perasmian telah dilaksanakan oleh Pengarah IU, Tn. Hj. Azhari Bin Abdullah.  Sebaik selepas upacara perasmian dijalankan, acara sukaneka pun bermula dimana ianya melibat semua ahli keluarga IU.
Acara sukaneka selesai pada jam 12.30 tengahari, awal dari yang dijadualkan. Check-in hotel, bermula selepas makan tengahari dan acara bebas bagi semua orang sehingga maghrib. Ada yang mandi swimming pool. Ada yang beradu akibat keletihan. Dan ada juga yang bersiap-siap untuk acara malamnya pula.
 Majlis makan malam bermula pada jam 8.00mlm sebaik selesai solat maghrib. Pada majlis tersebut, diadakan juga pertandingan bercerita bagi kanak-kanak dan selingan karaoke dari En. Rahim. Cabutan hadiah juga turut memeriahkan suasana pada malam tersebut. Majlis makan malam berlangsung sehingga jam 12.00 malam.


Aktiviti kami tidak selesai pada malam tersebut, sebaliknya, pada keesokkan harinya, staff-staff IU ada team-building yang diketuai oleh En. Arman Mansor. Ini adalah bagi menanam sikap berkumpulan, bersatu hati serta saling bantu membantu di dalam syarikat. Acara team-building bermula pada jam 6.30 pagi. Dan sebaik selesai acara terakhir tersebut, aktiviti bebas untuk semua family. Check-out dari hotel pada jam 12.00pm.

Last entry, akan dipenuhi gambar sepanjang xtvt

~ xoxo ~
Ikram_Utara

0 comments:

Post a Comment

Anniversary KISBN

Daisypath Happy Birthday tickers
 
;