Hye semua.
Pada 28-30hb April 2012 yang lalu, satu trip ke Singapore telah diadakan.
Ini adalah bagi menggantikan family day yang tidak diadakan pada tahun ini.
Dan permintaan selepas beberapa meeting diadakan, so kali ini, family day tidak diadakan.
Dengan mengambil TMJ Mesta Travel & Tours sebagai ajen pelancongan kami, segala-galanya berjalan dengan lancar. Bermula dengan proses membuat passport kumpulan dimana ianya melibatkan 3 kumpulan dan masing-masing di ketuai oleh En. Arman Mansor, En.Aswad, dan En.Ismail.
Bertolak dari IU selewat 10.15 malam, kami semua tiba di RnR Machap tepat jam 5.10pagi.
Disitu kami semua berhenti mandi, solat subuh dan sarapan. Bus bertolak dari RnR pada jam 8.00 menuju terus ke Hotel JA Residence dimana ianya terletak di Tambak Johor.
Kurang dari 30minit, bus tiba diperkarangan hotel.
Disini, kami diminta untuk menyimpan semua bagasi yang tidak penting ditempat yang disediakan oleh pihak hotel dan juga bagi memudahkan proses semasa di imegresen kelak.
Sewaktu menunggu semuanya selesai, semua orang berpeluang untuk menukar wang masing-masing dimana money changes hanya terletak betul-betul di hadapan hotel kami.
Bertolak pada jam 9.30 pagi dari hotel, terus menuju ke imegresen Malaysia. Untuk pengetahuan kalian, hotel yang kami akan menginap betul-betul berhadapan dengan Singapore dan bersebelahan dengan imegresen sahaja.
Pada jam 10.30 pagi, kami semua telah berada di Singapore.
Di sini, tempat yang kami tujui adalah ke Merlion Park, Mustapha Center, Bugis Street, Arab Street, Geylang, dan Sentosa Island.
Seharian berada di Singapore, dari 10.30pagi sehingga 10.30 pm.
Penat, tapi berbaloi....
Kami bergerak keluar dari Singapore pada jam 11.00pm dan terus menuju ke restoran yang menyajikan ayam penyet. Late dinner. Sedap dan sangat2 recommended pada yang ingin berkunjung ke sana.
Sampai disini dahulu untuk part I. Entry seterusnya akan berkongsi lawatan rasmi ke Ikram Selatan (IS)
0 comments:
Post a Comment