Thursday, April 13, 2017

Farewell : Muhammad Nazreen Bin Ahmad

Assalamualaikum...

Pada 31hb March 2017 yang lalu telah diadakan satu majlis ringkas buat En Muhammad Nazreen Bin Ahmad dimana beliau akan berpindah ke HQ selepas setahun memohon pertukaran ini. Beliau bakal menjadi salah seorang staff dibawah audit forensic unit dimana ketua bagi unit tersebut adalah En Sobri dan juga dimana ianya dibawah ICFC-Geo1. 

Sedikit sejarah ringkas tentang En Nazreen, beliau telah berkhidmat bersama Ikram Utara hampir 3 tahun. Beliau seorang yang sangat berdedikasi, komited terhadap kerja-kerjanya dan bertanggungjawab di atas segala peranan sebagai seorang Engineer. Merupakan Quality Manager yang bagus dan baik serta membantu Lab IU memperoleh Sijil Akreditasi Makmal.

Dengan ini, pihak pengurusan Ikram Utara ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala idea-idea yang dicurahkan dan Selamat Maju Jaya serta selamat Berkhidmat di tempat yang baru. Berpisah hanya dengan berlainan dahan, tetapi masih dibawah pohon yang sama.

All the best Nazreen!!!







0 comments:

Post a Comment

Anniversary KISBN

Daisypath Happy Birthday tickers
 
;