Monday, April 24, 2017

Farewell : Ir.Hj Azhari Bin Abdullah

Assalamualaikum.

Pada 17hb April 2017, Isnin yang lalu, merupakan hari terakhir bagi Pengarah Ikram Utara iaitu, Ir. Tn. Hj.Azhari Bin Abdullah berkhidmat bersama IU. Beliau telah lama berkhidmat bersama IU. Tn. Hj Azhari merupakan pengarah kedua selepas Mr. Ooi In Au. Merupakan bekas JD di JKR Kubang Pasu seterusnya ditawarkan untuk berkhidmat bersama Ikram Utara.

Hampir 20 tahun beliau berkhidmat dan banyak jasa serta idea dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau.

Dengan ini, Admin wakil daripada seluruh warga Ikram Utara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Azhari Bin Abdullah atas segala penat lelah beliau dalam membangunkan Ikram Utara serta sentiasa menjaga kebajikan para pekerja beliau. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala usaha beliau selama ini.

Kepada Tn. Hj. Azhari,

Kami warga Ikram Utara ingin memohon beribu keampunan di atas segala salah dan silap samada secara sedar mahupun tidak sedar selama mana kami semua pernah berkhidmat dibawah pimpinan Tn Hj. Semoga Tn. Hj sentiasa berada di dalam lindungan Allah s.w.t, sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta ceria disamping keluarga tersayang.

TERIMA KASIH TN. HJ AZHARI BIN ABDULLAH!
TERIMA KASIH AYAH!

 Tulus dan Ikhlas dari Warga Ikram Utara;

-admin_












0 comments:

Post a Comment

Anniversary KISBN

Daisypath Happy Birthday tickers
 
;